Saturday, February 5, 2011

LAGU SEKOLAH












SAMM PEKAN SABAK

Kami megah menjadi

Pelajar SAMMM Pekan Sabak

Berikrar, berjanji,

Bersungguh dan berbakti.
Kami rela berkorban

Masa dan juga tenaga

Ke arah kemajuan diri

Dan SAMM Pekan Sabak.


Kami taat patuhi

Piagam yang termetri

Berikrar, berjanji

Bersungguh dan berbakti


Kami sahut cabaran

Era globalisasi

Demi menuju kejayaan

Cemerlang, gemilang, terbilang

Cemerlang, gemilang, terbilang.

Lagu dan Lirik: Encik Mohammad Razif bin Abd Malik

LENCANA SEKOLAH SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK

LENCANA SEKOLAH 
SAM MUHAMMADIAH PEKAN SABAK

Bulan dan bintang melambangkan sekolah yang berteraskan agama Islam
Buku melambangkan pelajar sekolah yang rajin membaca, mencari dan menghayati ilmu untuk kemajuan
Al-Ilmu Nur  memberi maksud Ilmu ibarat cahaya
Geometri melambangkan sains dan teknologi yang maju
Melambangkan 6 Rukun Iman
5 bulatan ini melambangkan Rukun Islam yang lima

PENGERTIAN WARNA LENCANA SEKOLAH

WARNA MERAH

·        Menandakan semangat tinggi yang membara
·        Keberanian menghadapi cabaran dan berdaya saing

 WARNA HIJAU

·        Merupakan warna rasmi agama Islam dan juga warna alam
·        Menunjukkan kepekaan terhadap alam sekitar demi menjaga keharmonian sejagat

WARNA KUNING
·        Melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara serta ketaatan terhadap keluhuran perlembagaan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh sekolah, agama dan negara
·        Melambangkan kegemilangan dan kecemerlangan

WARNA PUTIH
·        Melambangkan kesucian dan keimanan serta keluruhan budi pekerti
·        Melambangkan bersih dan bersikap sederhana dalam semua hal

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak adalah kesinambungan Sekolah Agama Menengah Batu 40. Sekolah ini bermula dari Kelas Menengah Darjah Khas Batu 36 Sekendi yang ditubuhkan pada tahun 1960. Pada tahun 1962 sekolah ini berpindah ke bangunan Madrasah Muhammadiyyah Batu 40 Sabak Bernam dengan kerjasama pihak yang berkaitan dan ehsan waris-waris al-marhum Tuan Haji Muhammad yang telah membina separuh madrasah tersebut.
            Pada tahun 1968 madrasah tersebut mendapat dua blok bangunan baru di tapak tersebut yang diwakafkan oleh waris-waris Tuan Haji Muhammad. Satu lagi bangunan telah ditambah pada tahun 1984. Akhirnya sekolah ini mempunyai 4 bangunan yang mempunyai 15 bilik darjah yang memuatkan lebih 500 orang pelajar dengan 36 orang guru. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Agama Muhammadiyyah Batu 40 sempena nama al-marhum Tuan Haji Muhammad.
            Bertepatan dengan perkembangan dan permintaan yang mendesak dari penduduk tempatan dan permohonan dari kawasan bandar untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah agama, maka Kerajaan Negeri Selangor telah berusaha membina sekolah baru yang lengkap dengan segala kemudahan. Akhirnya pada 1 Ogos 1999 kerajaan Negeri Selangor telah membuat pecah tanah untuk tujuan itu. Pada 1 Ogos 2003, sebuah kompleks sekolah agama telah siap dan dinamakan Kompleks Sekolah Agama Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam.
            Pada tahun 2003, bilangan tenaga pengajar hanya seramai 23 orang. Bilangan ini bertambah dari setahun ke setahun selaras dengan bilangan pelajar yang berjumlah 814 orang pada tahun 2008. Pada tahun 2008 bilangan kakitangan berjumlah 10 orang dan bilangan guru berjumlah 55 orang.
            Pada tahun 2006, pihak Jabatan Agama Islam (Bahagian Pelajaran JAIS), Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Kementerian Pelajaran Malaysia), telah membuat MoU. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
            Dari setahun ke setahun bilangan guru dan kakitangan sekolah saling bertukar ganti dan bilangan kakitangan yang bertugas semakin meningkat. Begitu juga dengan bilangan pelajar yang semakin bertambah. Pada tahun 2010, sekolah ini telah memperkenalkan 1 kelas Tingkatan 6 STAM. Selaras dengan itu bilangan guru telah bertambah kepada 68 orang guru dan 14 kakitangan. Jumlah pelajar telah bertambah sebanyak 848 orang pelajar. Pada tahun 2011, kelas STAM telah bertambah kepada 2 kelas. Bilangan pelajar bertambah kepada 946 orang pelajar.

LOKASI SEKOLAH AGAMA MENENGAH MUHAMMADIAH PEKAN SABAK


LOKASI SEKOLAH AGAMA MENENGAH MUHAMMADIAH PEKAN SABAK